Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
LUBUK PLUGIN DAN TEMPLATE WORDPRESS MURAH UNTUK DILANGGANI
#1
Di pasaran, terdapat banyak lubuk atau tempat yang menawarkan pelbagai plugin dan template WordPress dengan harga yang berpatutan atau murah untuk dilanggan. 

Beberapa laman web atau pasaran dalam talian seperti ThemeForest, CodeCanyon, WordPress.org, dan Envato Market adalah antara tempat yang popular di kalangan pengguna WordPress untuk mendapatkan plugin dan template.

Ketika mencari plugin atau template WordPress murah yang sesuai, penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti kebolehpercayaan pengedar, ulasan pengguna sebelum ini, tahap sokongan yang disediakan, serta kesesuaian plugin atau template dengan keperluan laman web anda.

Dengan menyemak ulasan pengguna, membandingkan ciri-ciri, dan memastikan kesesuaian serta sokongan yang baik dari pembangunnya, anda boleh mendapatkan plugin dan template WordPress yang berbaloi dengan harga yang berpatutan.

Berikut saya senaraikan beberapa lagi lokasi yang boleh anda dapatkan plugin dengan harga murah atau percuma melalui laman web berikut:

  1. FestingerVault
  2. GPLCellar

Tujuan saya kongsikan lubuk adalah bagi membantu peniaga kecil atau startup kompeni dalam membantu menguruskan laman web sendiri atau pelanggan dengan lebih murah berbanding web rasmi. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang, disarankan agar dapatkan daripada web rasmi

Jika anda ada senarai yang lain, bolehlah reply di posting ini supaya saya boleh mengemaskini senarai ini.
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)